Waktu Solat Hari Ini

HALAMAN UTAMA KELUARGA PENDIDIKAN



Sesungguhnya Solat Dapat Mencegah Kamu Daripada Melakukan Perbuatan Keji dan Mungkar

06 March 2011

Majlis Pentaulihan Pemimpin Pelajar 2011

Majlis yang diadakan pada 28 Februari yang lalu telah dirasmikan oleh Tuan ASP Azman b. Zakaria, Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling IPD Ipoh merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.

 

P2280104 

Majlis ini diadakan sebagai salah satu matlamat untuk mewujudkan barisan kepimpinan pelajar yang disegani serta bertanggungjawab. Tuan ASP Azman dalam ucapannya turut melahirkan pengharapan kepada semua pemimpin pelajar yang dilantik supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengana baik. Selain itu beliau turut mengingatkan semua pelajar untuk mematuhi peraturan sekolah seterusnya dapat membantu guru menumpukan lebih perhatian kepada proses P&P berbanding terpaksa menyelesaikan masalah disiplin yang timbul.

P2280116                           P2280106

Derma Organ

Pemindahan Jantung Dan Mata

Pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:
a)Di dalam keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
b)Di dalam keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum dipindahkan jantungnya.


c)Tindakan-tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan perdagangan anggota-anggotanya.
d)Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya didalam kematian akibat kemalangan.
Sumber : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama

05 March 2011

Soalan Isi Tempat Kosong

Assalamulaikum
Kepada semua pelajar. Anda boleh cuba menjawab soalan-soalan isi tempat kosong dengan mengklik pautan di bawah. Bagi soalan hukum tajwid, setelah anda masuk ke pautan tersebut, sila tekan ctrl dan + serentak untuk membesarkan paparan soalan. Tekan ctrl dan - serentak untuk mengecilkannya semua.
1.  Soalan-soalan Ibadat siri 1
2.  Soalan Tajwid
3. Latihan ibadat

Guna Inhaler Ketika Puasa

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.


Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.
[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]
[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

04 March 2011

SOALAN ANEKA PILIHAN

Assalamualaikum.
Kepada semua pelajar, anda boleh cuba menjawab soalan-soalan aneka pilihan dengan mengklik pautan di bawah. Jangan lupa , siapkan semua latihan yang telah diberi.  Saya doakan anda semua cemerlang

01 March 2011

Mengawal Kelahiran


Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam
Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam kes sebegini, seorang wanita boleh mengambil langkah kekal untuk mengelak kehamilan. Ianya merujuk kepada pemandulan kekal ataupun kaedah lain.

Gambar hiasan

Mengawal kelahiran diizinkan untuk semua wanita dalam bentuk merancang waktu kehamilan patut berlaku. Ia boleh dipraktikkan, apabila dan selama mana ia diperlukan bagi wanita untuk menangguh dari kehamilan. Sebarang bentuk kawalan kelahiran boleh diamalkan walaupun tanpa keperluan perubatan/kesihatan, selagi mana ia tidak menyebabkan kemandulan berterusan. Prinsip umum dalam hal ini adalah dibenarkan melainkan apabila ada bukti khusus yang menyatakan sebaliknya. Tambahan pula, sebahagian Sahabat mengamalkan al-`Azl (menarik alat sulit supaya mani terpancut di luar rahim) semasa zaman Nabi s.a.w. dan Baginda tidak melarang mereka berbuat demikian. Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

28 February 2011

Uri Bayi Untuk Produk Kosmetik

Soalan : Seorang ketua jururawat di hospital besar bertanya tentang pandangan Islam terhadap pengurusan placenta (uri bayi selepas lahir). Saya percaya soalan ini timbul berdasarkan fakta bahawa terdapat syarikat kosmetik menggunakan placenta untuk menghasilkan produk kecantikan. Soalan jururawat tersebut adalah adakah satu kewajipan untuk mengebumikannya ataupun dibenarkan untuk diberi kepada pihak ketiga.

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di Universiti King Khâlid, Abhâ

Uri bayi adalah sebahagian dari badan wanita. Ia sepatutnya dikebumikan (diuruskan) sebagaimana bahagian badan lain yang dikebumikan apabila ia telah dipotong.

 

Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kosmetik oleh syarikat atau sesiapa sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh didermakan untuk kegunaan terdesak kepada orang lain jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : Arkib Fatwa, http://islamtoday.com

Muat Turun Skema

Skema Jawapan

Untuk Muat Turun, sila klik link di bawah
1. Layanan Yang Baik Kepada Orang Bukan Islam

2. Nabi Muhammad SAW Utusan Allah
3.  Hidayah Allah (Ayat Kefahaman) 

Kursus Pengurusan dan Penyeliaan Maklumat Murid dan Membuat Blog

Pada 26 Februari 2011, SMK Rapat Setia telah mengadakan kursus Pengurusan  Maklumat Murid kepada semua guru bagi mantapkan lagi sistem pengurusan maklumat murid SMK Rapat Setia. Kursus tersebut diadakan di Makmal Komputer 1 dan Maklmal Komputer 2. 
P1000935
Cikgu Fairuz sedang mengemaskini maklumat
P1000936
Banyak juga nama nak kena isi ni
              
Ust Razi sedang memberi tunjuk ajar
Sementara itu, satu lagi kursus telah diadakan secara berasingan khusus kepada  pihak pengurusan tertinggi sekolah, kaunselor dan setiausaha-setiausaha kurikulum, peperiksaan dan ko kurikulum  iaitu kursus mencipta blog yang dikendalikan oleh Ustaz Mohamad  Razi bin Mahayiddin di Pusat Akses SMK Rapat Setia.
P1000926
Cikgu Amin  sedang memberi taklimat
P1000940
En Ahmad dan En Sharifuddin bersemangat untuk membuat blog

P1000942
Kejap lagi siap la blog  saya ni
            

27 February 2011

10 Fakta Berkaitan Darah

1.      Ketika diahirkan hanya ada kira-kira secawan darah sahaja dalam tubuh kita
2.      Darah membentuk 7 peratus daripada berat badan manusia
3.      Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala oraganisme yang membawa penyakit. Nanah sebenarnya  berasal daripada sel neuitrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.
4.      Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain
5.      Susu lembu dicampur darah adalah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika
6.      Orang Moche (Peru) ,  Scythia (Greek) dan nomad di Russia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh sebagai lambang keberanian dan kegagahan
7.      Terdapat juga manusia yang berperangai pelik iaitu suka menghisap darah daripada luka seorang manusia lain
8.      Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki . Manakala perempuan , 3.8 hingga 5.7 liter
9.      Pada tahun 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui peredaran darah dalam tubuh manusia. Namun ketika itu, ramai saintis barat yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernama Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal al Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripada Harvey
10.  "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan seketul daging dan seketul daging itu kami Kami jadikan tulang-belulalang . Lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci Allah pencipta yang paling baik " (Surah al Mukminun ayat 14)

Fakta Ilmiah

  1.  Lebih 20 peratus spesies burung telah pupus daripada muka bumi ini sejak 200 tahun yang lalu dan   kebanyakannya adalah akibat perbuatan jahat manusia.
  2. Menurut kajian pakar perubatan Jerman risiko untuk diserang sakit jantung lebih tinggi pada hari Isnin  berbanding hari-hari lain
  3. Rawatan Akupuntur mula dipraktikkan pada tahun 2700 Sebelum Masehi iaitu semasa era pemerintahan Maharaja Shen Nong di China
  4. King Louis XIV (Raja Perancis) merupakan orang pertama menambahkan gula ke dalam secawan kopi pada sekitar tahun 1715

31 January 2011