Waktu Solat Hari Ini

HALAMAN UTAMA KELUARGA PENDIDIKAN



Sesungguhnya Solat Dapat Mencegah Kamu Daripada Melakukan Perbuatan Keji dan Mungkar

05 March 2011

Guna Inhaler Ketika Puasa

Soalan : Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?
Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.


Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.
[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]
[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]
Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id/

04 March 2011

SOALAN ANEKA PILIHAN

Assalamualaikum.
Kepada semua pelajar, anda boleh cuba menjawab soalan-soalan aneka pilihan dengan mengklik pautan di bawah. Jangan lupa , siapkan semua latihan yang telah diberi.  Saya doakan anda semua cemerlang

01 March 2011

Mengawal Kelahiran


Soalan : Adakah mengawal kelahiran diizinkan dalam Islam
Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî, mantan Professor di Universiti al-Imâm, Riyadh Penggunaan ubat-ubatan atau apa sahaja bentuk kawalan kelahiran yang akan mencegah kehamilan secara kekal (pemandulan) adalah tidak dibenarkan melainkan si ibu tenat atau berada dalam situasi di mana doktor memutuskan bahawa kehamilan boleh membahayakannya. Dalam kes sebegini, seorang wanita boleh mengambil langkah kekal untuk mengelak kehamilan. Ianya merujuk kepada pemandulan kekal ataupun kaedah lain.

Gambar hiasan

Mengawal kelahiran diizinkan untuk semua wanita dalam bentuk merancang waktu kehamilan patut berlaku. Ia boleh dipraktikkan, apabila dan selama mana ia diperlukan bagi wanita untuk menangguh dari kehamilan. Sebarang bentuk kawalan kelahiran boleh diamalkan walaupun tanpa keperluan perubatan/kesihatan, selagi mana ia tidak menyebabkan kemandulan berterusan. Prinsip umum dalam hal ini adalah dibenarkan melainkan apabila ada bukti khusus yang menyatakan sebaliknya. Tambahan pula, sebahagian Sahabat mengamalkan al-`Azl (menarik alat sulit supaya mani terpancut di luar rahim) semasa zaman Nabi s.a.w. dan Baginda tidak melarang mereka berbuat demikian. Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.